Monday, June 15, 2009
Massakrak #2 (2008)
48 ms, A5, xerox, English, cut n paste style
Interview
Unholy Archangel, Vow Dreams, Atavism, Wounds, Ironworx Gravefix/Disastrous Weridwerk/Foetal Carnage, Animae, Capronii, Virus Zine, Inside.
Gig report
First grindcore show in Algeria
Sebelum ni, zine ini dinamakan MASSAKRE tapi mulai isu ini nama baru digunakan, MASSAKRAK. Menurut editor MASSAKRAK bunyi lebih metal dari MASSAKRE. Iya ke? hehe, aku suka MASSAKRE. Dan editor juga memohon maaf atas tahap bahasa Inggerisnya, katanya berada di tahap "bastard level". Patut guna istilah "kamikaze english" tapi "bastard level" pun ok jugak hehe. Berkenaan dgn bahasa ni, masih ditahap boleh difahami, aku pernah tengok yang lebih teruk dari Massakrak ni. Kualiti xerox amat bagus memuaskan, semua background dan bende2 yang kaler hitam memang nampak hitam dan terang. Soalan2 interview juga diolah secara kreatif, misalnya tak terus tanya bio, etc tapi seolah2 mcm bersembang2 dulu sebelum soalan diajukan. Flyers juga banyak ditampal untuk mengisi ruang kosong atau sebagai latarbelakang, untuk orang yang jarang dapat flyers mcm aku, memang suka aku melihatnya w/pun ianya dah outdated melampau hehe.
Review dicampurkan dalam satu seksyen dinamakan "Seek & Destroy". News section pun ada, ditaip dan ditampal kemas sekali dengan flyers.
Aku dapat melalui trade. Menurut editor, beliau berada di luar daerah. Setahun balik 2 3 kali. Sebarang surat2 akan dijawab cuma lambat sikit je.
Hisham Jaimie
Tambunan Dental Clinic,
P.O. Box 260,
89657 Tambunan,
Sabah,
Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
isu 3 dah rilis n amat tebal.. puas hati..
ReplyDelete