Monday, June 15, 2009

Arus Bawah #2




32 ms, A5, xerox, bahasa Indonesia

Interview
Ritual Orchestra, Devadata, Prilayanning Jagad, Slowdeath, Brutal Torture, Belphegore, Nicronomodz

Bio
The Game Over, Suicide Family, Cremated, Tiara Lestari, Navicula, Belphegore, Malawitowong, Licked Torment, Silver Chair, The Obbelix, Deathor, Rest In Peace, Medusa, Sexual Sickness, Kubur Masal, Disphercy, Saka Qlawn, Liang Lahat, Brutality Syndrome, Diabolical, Monotheism, Death Vomit, Seek Six Sick, Emergency, Pulasara, Mizerota, People of Shit, Holygore, Injector, Banxkai Anjinx, Anus Coitus.

Pergh!! Banyak betul bio, tak sangka aku sanggup taip kesemuanya hehe. Zine ni sepenuhnya dalam Bahasa Indonesia (ada perkataan2 yg aku pun tak faham apa maksudnya) dan layoutnya amat rapi dan padat dibuat menggunakan komputer. Font yang digunakan pula kecil, jadi tak hairan la banyak betul bio dan info dimuatkan dalam isu ini. Sebelum ni mereka menggunakan font yang lebih kecil tapi disebabkan komen dari pembaca, font kali ini dibesarkan sedikit. Menurut editor, disebabkan font kecil, semasa membaca orang terbayang bende lain (baca: 'cunt') hehe.

"The Lunatic Funzine" adalah motto zine ni. "Funzine"? Lain mcm je bunyinya. Bila tengok isi dalam zine ni, memang betul "FUNny". Mungkin tak ramai yang suka konsep macam ni. Maklumlah, metallers ni serius2 belaka. Contohnya, ada gambar NOFX sambil berkata "kalau korang tak bagi gambar, kami akan letak gambar yang kami suka". Jadi ada la bio band, gambar band takda tapi diganti dgn gambar perempuan berbikini hehe. Dan banyak gambar2 sebegitu (tapi tiada gambar bogel!) diletakkan di dalam zine ni dengan "dialog" yang melucukan.

Secara keseluruhan, isu ini amat memuaskan. Cuma aku tak pasti tahun bila ia diterbitkan. Tu korang boleh tanya sendiri.

No Label Records,
Dharmahusada 30
Surabaya 60285
INDONESIA

Massakrak #2 (2008)






48 ms, A5, xerox, English, cut n paste style

Interview
Unholy Archangel, Vow Dreams, Atavism, Wounds, Ironworx Gravefix/Disastrous Weridwerk/Foetal Carnage, Animae, Capronii, Virus Zine, Inside.

Gig report
First grindcore show in Algeria

Sebelum ni, zine ini dinamakan MASSAKRE tapi mulai isu ini nama baru digunakan, MASSAKRAK. Menurut editor MASSAKRAK bunyi lebih metal dari MASSAKRE. Iya ke? hehe, aku suka MASSAKRE. Dan editor juga memohon maaf atas tahap bahasa Inggerisnya, katanya berada di tahap "bastard level". Patut guna istilah "kamikaze english" tapi "bastard level" pun ok jugak hehe. Berkenaan dgn bahasa ni, masih ditahap boleh difahami, aku pernah tengok yang lebih teruk dari Massakrak ni. Kualiti xerox amat bagus memuaskan, semua background dan bende2 yang kaler hitam memang nampak hitam dan terang. Soalan2 interview juga diolah secara kreatif, misalnya tak terus tanya bio, etc tapi seolah2 mcm bersembang2 dulu sebelum soalan diajukan. Flyers juga banyak ditampal untuk mengisi ruang kosong atau sebagai latarbelakang, untuk orang yang jarang dapat flyers mcm aku, memang suka aku melihatnya w/pun ianya dah outdated melampau hehe.

Review dicampurkan dalam satu seksyen dinamakan "Seek & Destroy". News section pun ada, ditaip dan ditampal kemas sekali dengan flyers.

Aku dapat melalui trade. Menurut editor, beliau berada di luar daerah. Setahun balik 2 3 kali. Sebarang surat2 akan dijawab cuma lambat sikit je.

Hisham Jaimie
Tambunan Dental Clinic,
P.O. Box 260,
89657 Tambunan,
Sabah,
Malaysia.

Saturday, June 6, 2009

Ranjau Metal #2 (2008)





A4, xerox, 46 ms

Interview
Bestial Raids, Gayang Kulintangan Revolt, Pyron, Deadhead Zine, Inside, Morggorm, Devastator, Atavism, Sculptured, Dosa, Antacid, North Poem Records, Farasu.

Aku lebih suka format A3 lipat dua, berbanding A4 staple tepi mcm zine. Apa2 pun itu terpulang pada diri masing2. Banyak perkara yang boleh dikomen mengenai zine ni. Banyak kelemahan walaupun dah masuk kedua. Eh, kedua atau ketiga? Adoi, dalam editorial pun dah bikin orang konfius. Front cover pun takda tulis isu berapa. Aku malas nak komen panjang. SANGWITOK dah kasi review dan komen yang bernas. Harap editor boleh ambil iktibar. Tak banyak zine berbahasa Melayu/Malaysia sekarang ni. Kita tunggu isu seterusnya. Harap ada perubahan dan kemajuan.

Azahar bin Asmunik
No. 117 Felda Sungai Koyan 1,
27650 Raub, Pahang,
Malaysia.
012-3673303